KANGAR, 21 Mac (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mampu menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang 2020 berikutan kecemerlangannya yang berterusan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Menurut baginda yang juga Canselor UniMAP, antara faktor yang boleh menyumbang kepada pencapaian itu ialah komitmen dan kecemerlangan kakitangannya. Bertitah pada majlis Anugerah Seri Gemilang UniMAP di sini malam tadi, baginda bangga dengan pencapaian universiti yang berusia 10 tahun itu sehingga meletakkan nama UniMAP pada peta dunia. "Saya berharap anda semua agar tidak terlalu leka dengan pencapaian yang dikecapi selama ini sebaliknya terus berusaha untuk memperoleh kejayaan yang lebih berganda pada masa akan datang," titah baginda.
Baginda
menggariskan beberapa kriteria pekerja cemerlang yang boleh membantu UniMAP
mencapai visi menjadi antara 500 universiti terbaik di dunia menjelang 2020
termasuk amanah, bijak, cergas, dedikasi dan penampilan diri. Pada majlis itu, lebih 150 kakitangan
pelbagai peringkat menerima augerah yang disampaikan oleh Raja Muda dan Raja
Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro
Canselor UniMAP.
Sumber: BERNAMA
Sumber: BERNAMA
No comments:
Post a Comment