Sekali lagi pembangunan negeri perlis menjadi isu yang semakin hangat di perkatakan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam lawatannya ke seberang ada memperkatakan mengenai hal ini. Mari ikuti berita selanjutnya.......
BANDUNG: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
mempelawa para pelabur asing melihat potensi dan mengambil peluang
merancakkan rancangan pembangunan bandar-bandar baru di Perlis yang
sedang direncanakan. Baginda, yang menerima menghadap kepimpinan Kamar Dagang dan Industri
(Kadin) Jawa Barat di sini malam tadi, bertitah antara bandar baru yang
sedang dibangunkan ialah Pauh Putra, Chuping Valley dan bandar maritim
Kuala Perlis.
Kadin boleh menghubungi kerajaan negeri Perlis
melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) atau berbincang dengan
dewan-dewan perniagaan di Perlis bagi mendapatkan maklumat terkini
mengenai perkembangan bandar baru berkenaan dan menghasilkan situasi
menang-menang, titah baginda dalam satu siaran media kepada Bernama hari
ini.
Kepimpinan Kadin Jawa Barat yang menghadap baginda ialah Pengerusi
Tetap Perhubungan Perdagangan Dalam dan Luar, Yusuv Suhyar dan Pengerusi
Himpunan Pengusaha Muda Indonesia kawasan Bandung, Herrwianto Muchtar.
No comments:
Post a Comment