Sukan bola sepak sememangnya sukan yang amat popular dan menjadi kebanggaan semua peminat-peminatnya. namun beberapa perkara penting perlulah di ambil berat supaya kepercayaan peminat-peminat bola sesebuah pasukan dapat di kekalkan. Namun apa yang perlu diambil iktibar di sini ialal mengenai pengambilan rasuah yang tidak asing lagi walau dalam apa keadaan sekalipun, pasukan bola sepak Perlis tidak ketinggalan menjadi bualan dalam isu seperti ini. mari kita ikuti berita selanjutnya.......
ISU rasuah yang
melanda pemain dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bukan berpunca daripada
faktor gaji atau kekangan peruntukan seperti yang didakwa sesetengah pihak,
malah PFA tidak pernah terbabit isu tunggakan pembayaran gaji pemain bagi musim
ini.Naib Presiden PFA, Azhar Ahmad berkata, semua pemain menerima gaji
masing-masing pada 28 hari bulan setiap bulan dan tidak pernah tertunggak
melebihi satu bulan.Menurutnya, semua wang itu daripada peruntukan PFA termasuk
bantuan dan yang disumbang kerajaan negeri.“Hingga hari ini, semua gaji bulanan
sudah dibayar kepada semua pemain dan tidak wujud masalah gaji tertunggak yang
kononnya masih membelenggu pemain Perlis hingga mewujudkan isu rasuah “Gaji
semua pemain dibayar mengikut tahap kemampuan dan diselaras mengikut pengalaman
masing-masing,” katanya ketika menerima dana daripada kerajaan negeri menerusi
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Abu di Kangar, Perlis, semalam.
Menurutnya,
hingga kini, kerajaan negeri sudah menyalurkan bantuan kewangan bernilai lebih
RM1 juta kepada PFA dalam usaha meringankan beban persatuan bola sepak negeri
itu. “Walaupun gaji yang dibayar kepada pemain negeri ini boleh dikatakan
rendah, ia sesuai dengan pengalaman serta usia pemain terbabit. Purata gaji
yang diperoleh pemain tempatan sekitar RM2,000 ke atas,” katanya. Katanya, wang
bantuan berjumlah RM300,000 yang disumbang kerajaan negeri kepada PFA akan
digunakan bagi membayar gaji pemain untuk Februari dan Mac tahun ini. Sebelum
ini Harian Metro menyiarkan laporan dakwaan PFA terhadap sembilan daripada 11
pemain bertemu ejen bookie sebelum mendakwa ditawarkan wang berjumlah RM100,000
bagi menjual perlawanan. Perkara itu dibongkar selepas pihak PFA mengadakan
pertemuan tertutup dengan semua pemain selepas kekalahan teruk skuad kendalian
Abdullah Hassan itu kepada Majlis Perbandaran Muar, 2-7.
No comments:
Post a Comment