Kepada sesiapa yang ingin mengenali dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai asal usul negeri perlis mari kita ikuti dan terokai sejarah menarik mengenai negeri kayangan ini......
Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-
Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-
- Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adi, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
- Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
- Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
- Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.
- Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.
Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang
asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis
dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.
Bendera Perlis:warna kuning adalah
warna tradisional untuk raja-raja, biru pula mengambarkan simbol rakyat
jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan
Rakyat".
|
Sejarah
Negeri Perlis
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah
naungan negeri Kedah.
Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri
menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan
pengaruh ideologi Islam
yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada
akhir abad ke-12
kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang
menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan
mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato'
Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan:
Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama
pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di
tenggara sempadan Satun,
di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka
dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan
negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam
ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan
dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa
kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan
bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor,
manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik
bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri
naungan.
Ekonomi
Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian,
terutamanya beras,
gula dan buah-buahan.
Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang
mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan
kecil dan sederhana.
Lingkaran padi bermaksud pekerjaan
utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan
kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri
itu kerana kekayaan hasil padinya.
Kebudayaan
Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan kesenian
Melayunya seperti Jikey Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek).
Kebaya Perlis merupakan pakaian
tradisional yang terkenal di negeri Perlis.
sumber: Wikipedia
No comments:
Post a Comment