Baru-baru ini telah di adakan satu acara sukan yang di anjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis, UniMAP. Acara tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan di hadiri oleh Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail. Turut berkenan berangkat hadir Taja Puan Muda Perlis, DYTM TUanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah. Mari ikuti perkembangan acara ini........
Kangar – Atlit 110 meter lompat pagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian, dan atlit Pelapis Majlis Sukan Negara, Nor Amirah Mohd. Nafiah dinobatkan sebagai atlit terbaik lelaki dan wanita pada kejohanan Olahraga Remaja/Terbuka UniMAP 2012 yang berakhir semalam.
Kedua-dua atlit berkenaan dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang meraih dua pingat emas dalam kejohanan yang dianjurkan bersempena Sambutan Ulang Tahun Sedekad UniMAP.
Hadiah disampaikan oleh Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail. Turut berkenan berangkat hadir Taja Puan Muda Perlis, DYTM TUanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.
Rayzam Shah, atlit berkelahiran Sabah, meraih dua emas menerusi acara kegemarannya 110 meter lari berpagar menewaskan rakan seperjuangan yang juga staf UniMAP, Mohd. Robani Hassan dengan catatan masa 14.13 saat. Beliau sekali lagi mencipta kejutan dengan meraih emas dalam acara riben biru 100 meter lelaki menewaskan atlit pecut kebangsaan, Zabidi Ghazali dengan catatan masa 10.72 saat.
Manakala Nor Amirah pula meraih dua emas dalam acara kegemarannya lompat kijang selepas melakukan catatan 13.10 meter dan acara 100 meter dengan catatan masa 11.89 saat. Selain itu, Nor Amirah turut membantu kuartet atlit Kesatuan Olahraga Malaysia meraih pingat emas bagi acara 4x100 meter.
Sementara itu, bagi acara 4x100 meter lelaki, pasukan UniMAP yang dibarisi oleh tiga atlit negara oleh Mohd. Robani, Mohd. Idris Zakaria, Mohd. Latif Nyat serta Mohd. Isa Ahmad Azan meraih pingat emas bagi kategori lelaki terbuka.
Kuartet emas itu mencatatkan masa 42.83 saat manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh pasukan Terengganu dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sebanyak 12 acara dipertandingkan pada kejohanan tersebut yang buat pertama kalinya menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang selain pingat.
Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, penganjuran kejohanan berkenaan dilihat sebagai platform terbaik untuk menyemarakkan kembali arena olahraga negara yang suram dengan pelbagai isu.
Atas dasar itu, ujarnya, UniMAP mengambil pendekatan dengan menganjurkan kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai sebagai usaha untuk menarik minat dan penyertaan atlit-atlit olahraga.
“Alhamdulillah, penganjuran ini berjaya menarik ramai atlit kebangsaan dan pelapis kebangsaan selain turut disertai oleh atlit-atlit Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Buat kali ini hanya 12 acara dipertandingkan iaitu 100 meter, 200 meter, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, merejam lembing, melontar peluru, 400 meter, 800 meter, lempar cakera, 4x100 meter dan 4x400 meter.
“Insya Allah UniMAP bercadang untuk meneruskan penganjuran seperti ini di masa akan datang,” ujar beliau.
( 25 Mar 2012 )

Rayzam Shah Dan Nor Amirah Dinobatkan Atlit Terbaik Kejohanan Olahraga Remaja/Terbuka UniMAP 2012
No comments:
Post a Comment