baiklah, kali ini mari kita bincangkan mengenai isu hari kekasih yang sedang menjadi bualan berikutan Hari Kekasih ini sedang di sambut oleh pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. kita ikuti beriota selanjutnya di bawah.....
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih.
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih.
Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali
tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam.
Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan
Karpal terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang
terjalin antara mereka.
‘‘Dahulu mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai
memahami Islam namun kita lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.’’
‘‘Kenapa dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak
melaksanakan syariat Islam. Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi dia
bukan ulama Islam,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju
dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Karpal berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak
asasi dan prinsip kebebasan yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti
Malaysia.
Sementara itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah
pihak dalam Pas yang tunduk terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan
Islam.
‘‘Sampai bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama
daripada Karpal,’’ katanya.
Sumber: utusanonline
No comments:
Post a Comment